Pihak sekolah berbesar hati untuk menjemput para insan yang berhati dermawan untuk menaja pembelian 20 buah meja peperiksaan.
Tahun ini menyaksikan pertambahan bilangan calon yang bakal menduduki peperiksaan UPKK dan UPSRI pada bulan Januari 2024 nanti.
Alhamdulillah, jasa-jasa baik pemberi wakaf dalam fasa awal wakaf meja peperiksaan pada tahun lepas; telah membolehkan anak-anak didik dapat menjawab peperiksaan UPKK dan UPSRI dalam keadaan yang lebih selesa. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat meluaskan berkat-Nya terhadap para penyumbang yang berhati mulia ini.
Dalam kesempatan ini pihak sekolah berhasrat untuk membuka peluang menambah amal melalui wakaf meja peperiksaan untuk fasa kedua.
Belum berkesempatan untuk menghulurkan sumbangan dana? Hanya sebar luaskan (share) permintaan kami kepada ahli keluarga, sahabat handai, orang ramai, mudah-mudahan insya Allah anda turut beroleh pahala untuk membuka peluang orang lain untuk beramal.